Blogger Widgets

P&P

   Persembahan Power Point - Pengangkutan



TATABAHASA

1.      KATA NAMA


a) Kata Nama Am
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan


Contoh
Manusia, orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
Binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
Tumbuh-tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
Benda
pasir, kayak, radio, rumah, motorkar, pen, buku, dll
Tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll



1.1 Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.


Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat

Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat
  


1.2 Kata Nama Khas

1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)      benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)       orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)       binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)     tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
e)      manusia ; misalnya : Zaidi, Mei Fong, Subramaniam dll
f)       binatang ; misalnya : Tompok (kucing), Jalak (ayam) dll
g)      tempat ; misalnya : Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) dll
h)      bangunan ; misalnya : Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)dll
i)        judul buku ; misalnya : Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku) dll
j)        benda ; misalnya : Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam) dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.


Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek

Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana

Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau

Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi



1.3 Kata Ganti Nama

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan Nama.
Perkataan Ganti Nama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu
a)      Ganti Nama Diri,
b)      Ganti Nama Umum,
c)      Ganti Nama Pertanyaan,
d)     Ganti Nama Petunjuk dan
e)      Ganti Nama Sendi.

Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.

1.3.1 Kata Ganti Diri Pertama

1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya


Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaan
aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak (Kata Nama Diri Pertama)

Jenis
Contoh
Tunggal
beta, patik, aku, saya
Jamak
kita, kami, kita orang




1.3.2 Kata ganti nama Diri Kedua

Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk : (Contoh Kata Ganti Diri Kedua)



Jenis
Contoh
Tunggal
tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak
kalian




Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaan
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal)


digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)


digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)


digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak)


digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)


digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua:
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.




1.3.3 Kata Ganti diri ketiga
Kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.


Bentuk: (Contoh kata ganti diri ketiga)


Jenis
Contoh
Tunggal
ia, dia, beliau, baginda
Jamak
mereka

Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaan
baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal


digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)


digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7. Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " Tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.

Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama ( Orang yang bercakap )
aku
saya
patik
hamba
kami
kita


Diri Kedua (Orang yang dilawan bercakap )
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian


Diri Ketiga ( Orang yang diceritakan halnya)
dia
ia
nya
beliau
baginda
mereka



1.3.4 Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah <kah> dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
a) Benda- apakah
b) Orang- siapakah
c) Tempat- manakah
d) Masa- bilakah
e) Hal- bagaimanakah, kenapakah
f) Bilangan- mengapakah, berapakah

Kata Ganti Nama
Penggunaannya
apa
digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa
digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
mana
digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat

Contoh ayat :

1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?




1.3.5 Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Tempat
Penggunaannya
Sana
digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
Sini
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang yang bercakap
Situ
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak sejauh sana
Ini
digunakan untuk benda, orang, binatang yang dekat dengan orang yang bercakap
Itu
digunakan untuk benda, orang, binatang yang jauh dengan orang yang bercakap



Contoh ayat:
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.




1.3.6 Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu
ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya
seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja. 




1.3.7 Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i. Ini komputer.
ii. Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di belakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.


1.3.8 Kata Ganti tak tentu.
1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:


Kata Ganti Tak Tentu
Penggunaan
Contoh
Apa-apa
digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.
Siapa-siapa/ sesiapa
digunakan untuk seseorang atau sesuatu yang tidak tentu
1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.
Mana-mana
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.
 


1.4 Kata nama Terbitan
Kata Nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
1. di awal kata ( awalan )
2. di akhir kata ( akhiran )
3. di awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh imbuhan :
1. di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
2. di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan
3. di awal dan di akhir kata per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
a) kelas kata
b) kata dasar
c) kata terbitan


Kata Kerja
Kata Sendi
Kata Nama
Kata Adjektif
peraga
latih
bawa
lawan
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
oleh
untuk
perolehan
peruntukan
lombong
rumah
guru
perlonbongan
perumahan
perguruan


cantik
besar
tinggi
kecantikan
pembesar
ketinggian




2. KATA KERJA

Kata kerja terbahagi kepada :
a. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
b. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

2.1 Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan <me-> sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
4. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
- mendengar ialah kata kerja transitif
- radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.

2. Perempuan itu menjual sayur.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.

3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.



Contoh
Subjek ( pembuat )

Kata Kerja Transitif

Penyambut (Objek)
Dia suka

membaca

buku


Jamilah

memukul

seekor ular


Abidin

menjual

kuih-muih


Ramli

berjalan

ke sekolah
Kereta itu

melanggar

seekor lembu

2.2 Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya :
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
- Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
2. Anjing itu sedang tidur.
- Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.

3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
- Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat ) Kata kerja tak Transitif keterangan
Kami mandi di tasek itu.
Dia senyum semasa berjalan
Saya menyanyi dengan kuat
Hassan berjalan ke sekolah

Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah <-kan> atau < -i> di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

2.3 Kata Kerja Pasif
1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men.
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2. Ada tiga jenis kata kerja pasif.
(a) kata kerja pasif diri pertama
(b) kata kerja pasif diri kedua
(c) kata kerja pasif diri ketiga
3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5. Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan


3. KATA ADJEKTIF ( KATA SIFAT)
Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
1. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
2. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.
3. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh;
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.

3.1 Adjektif Jati
Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh:
a) Buku itu berwarna biru.
b) Budak kurus itu kawan saya.


3.2 Ajdektif Bilangan atau pecahan
Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh:
a) Ayah memiliki dua buah kereta.
b) Saya membeli beberapa kuntum bunga.


3.3 Adjektif Tunjuk
Ia menunjukkan <bagaimana> / <yang mana>
Contoh:
a) Baju ini mahal harganya.
b) Perkara buruk jangan diulangi lagi.


3.4 Adjektif pencerai / pengasingan
Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.
Contoh:
a) Setiap pelajar mesti berdiplin.
b) Ambil barang masing-masing.




4. KATA HUBUNG
1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) kata hubung gabungan,
(b) kata hubung pancangan,
(c) kata hubung berpasangan.
3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut: 

4.1 Kata Hubung Gabungan/ Pancangan

Kata Hubung Gabungan / Pancangan
Contoh Ayat Contoh
agar
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila
Mukanya pucat apabila disoal.
atau
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan
Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika
Saya berpayung jika hujan.
Jikalau
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali
Semua murid hadir kecuali Gopal.
kerana
Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil
Zalifah bernyanyi sambil menari.
semenjak
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
Sungguhpun
Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
supaya
Belajarlah bersungguh-sungguh supaya pandai.
walaupun
Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja itu.
tetapi
Badannya besar tetapi penakut.

4.2 Kata Hubung Berpasangan


Kata Hubung Berpasangan
Contoh Ayat
Baik…mahupun
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
Baik…baik
Baik Daud baik adiknya sama-sama pintar.
bukan sahaja…malah
Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
Entah…entah
Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
Jangankan…pun
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
Kian…kian
Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada…ataupun
Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
Sedangkan…inikan pula
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
Semakin…semakin
Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
Sungguhpun…tetapi
Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
Walaupun…namun
Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

5. KATA SERU
1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.

Kata Seru
Penggunaannya
Ayat Contoh
aduh
untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!

2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhai
untuk menyatakan perasaan sedih
Aduhai, malang sungguh nasibku!
ah
untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu
1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!

2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wah
untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum
1. Amboi, mahal betul kereta itu!

2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cih
untuk menyatakan perasaan marah dan benci
1. Cis, berani dia menentangku!

2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
eh
untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut
1. Eh, kamu sudah sampai!

2. Eh, tadi dia ads di sini!
hai
untuk menegur seseorang atau menarik perhatian
1. Hai, diamlah sikit!

2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!
wahai
menyatakan perasaan sayang atau merayu
Wahai adik ku sayang !
bedebah
marah
Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
oh
terkejut hairan, gembira atau mengharap
1.Oh, itu rupanya rumah kamu !
2. Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
syabas
gembira, puas, memuji atau ucap tahniah
Syabas, awak berjaya juga akhirnya !
alahai
menghina
Alahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamak
terkejut
Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !
ha
hairan
Ha, budak itu yang menang !

6. KATA TANYA
1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
2. Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel <kah> apabila digunakan di awal ayat tanya.
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat.
5. Partikel <kah> tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.
Contoh :
a. Apakah benda itu ?
b. Buku siapakah ini ?
Kata Tanya
Contoh
kenapa
Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ?
bila
Bilakah awak akan memulangkan buku saya ?
siapa
Engkau ini siapa ?
mengapa
Mengapakah baju awak ini basah ?
apa
Apakah nama binatang itu ?
bagaimana
Bagaimanakah rupa hantu ?
berapa
Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ?
mana
Nelayan itu dari mana ?

7.KATA PERINTAH
Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel -lah di belakangnya.


Jenis perintah
Kata perintah
Contoh penggunaan
Larangan
Jangan, usah
Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah komunis.
 
Usah pergi ke sungai yang dalam airnya.
Silaan
Sila, jemput
Sila menjamu selera.
 
Jemput ke rumah saya malam esok, ada kenduri kawin
Permintaan
Tolong, minta
Tolong jangan cemarkan nama baik diri sendiri.
 
Minta bersihkan meja awak.

8. KATA BANTU
Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.
Contoh :
Akan, Belum, Masih,Telah, Sudah, Harus, Boleh, Dapat, Hendak, Mesti

Contoh Ayat:
1. Kereta api dari utara telah sampai.
2. Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara.
3. Adik Rahimah belum tahu berjalan.
4. Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
5. Encik Borhan hendak pergi memancing esok.

9. KATA SENDI NAMA
1.    Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.
2.    Kata tugas lain tidak membentuk frasa
3.    Kata tugas digunaan sebelum kata nama dan frasa nama.
4.    Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.
Lihat contoh-contoh di bawah
Sendi Nama
Tugas/contoh
di
Menunjukkan tempat (di pejabat)
Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci)
ke
Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia)
Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam)

dari
Menunjukkan tempat atu arah datang
Menunjukkan waktu atau masa

kepada
Menunjukkan sasaran/ditujukan
Menunjukkan bahagian sesuatu
Menunjukkan perubahan keadaan
daripada
Menunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri)
Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga)
Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada)
pada
Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen)
Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya)
Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam)
untuk
Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)
Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja)
bagi
Menunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid)
Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang.
demi
menunjukkan tujuan
menunjukkan urutan
Untuk menegaskan sesuatu
tentang
Menunjukkan rujukan
dengan
Menunjukkan turut serta
Menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan
Menunjukkan benda yang digunakan
Menunjukkan persamaan
sejak, semenjak
Menjadi penanda waktu atau masa
terhadap
Menunjukkan rujukan yang tentu
oleh
Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif
Menunjukkan sebab
akan
Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif
hingga, sampai
Menunjukkan had masa atau peringkat
seperti, bagai, umpama, laksana, bak
Menunjukkan perbandingan


5 comments:

  1. Nota yang bermanfaat untuk murid.

    ReplyDelete
  2. nota yang jelas.
    http://sky-limkh.blogspot.com/p/video.html

    ReplyDelete
  3. Tahniah cikgu. Blog yang sangat baik. Semoga berjaya.

    ReplyDelete