Blogger Widgets

Latihan

Pengangkutan (Latihan)

PETIKAN:
Bustam dan keluarganya tinggal di Kuching, Sarawak. Mereka hendak melawat Pak Cik Goh di Kuala Lumpur. Mereka ke sana dengan manaiki kapal terbang. Apabila tiba di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur, mereka menaiki van lalu pergi ke rumah PakCik Goh.
  Pak Cik Goh telah membawa mereka bersiar-siar di Bandaraya Kuala Lumpur. Kami menaiki teksi dan monorel dari sesuatu tempat ke suatu tempat yang dituju.
  Keesokan harinya, Pak Cik Goh telah membawa mereka ke Melaka dengan menaiki bas. Mereka berpeluang menaiki beca mengelilingi Dataran Pahlawan sambil menikmati pemandangan. Mereka juga berkunjung ke Pantai Puteri. Banyak pengunjung menaiki kapal, motobot dan belon udara panas. Terdapat kanak-kanak bermain mainan helikopter di tepi pantai.
  Bustam berasa gembira kerana telah mendapat banyak pengalaman baru pada cuti sekolah ini.

Soalan 2: Sila Mengklasifikasikan PengangkutanYang Terdapat di dalam Petikan.
Soalan 3: Sila Cari Kata Hubung dalam Petikan Tersebut.


TATABAHASA (LATIHAN)

1. Kata Nama

Isi tempat kosong dengan kata yang sesuai.

Melaka      garam     Universiti Malaya     dewan     Alba
bangau     Comel     kampung     gelas      Kompeniku

1 Sudah lama saya tidak menjenguk nenek di .
2 Setinggi-tinggi  terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.
3 Majalah  akan diterbitkan tidak lama lagi.
4 "Masukkan secubit  ke dalam masakan itu," kata ibu.
5 Kakak saya bekas mahasiswi .          
6 Tambang bas dari  ke sini ialah lima ringgit.          
7 Adik sungguh sayang akan .
8 Murid-murid diminta berkumpul di .
9  itu jatuh ke lantai lalu pecah.
10 Abang menghadiahi saya sebuah jam tangan .

1.1 Kata Ganti Nama

(A)
1
Datuk Zainal Alam telah dijemput merasmikan mesyuarat agung PIBG Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Sayong .................... akan sampai pada pukul 2.30 petang.
Dia
Baginda
Beliau
Mereka


2
Pada masa kakanda menulis warkah ini, keadaan diri kakanda sihat walafiat dan diharap bagi pihak ........... begitu juga.
kakanda
ayahanda
adinda
bonda


3
Murid-murid Tahun Enam Dahlia merasa sedih kerana guru kelas ................. akan berpindah ke sekolah lain.
kami
beliau
mereka
dia


4
Tun Abdul Razak diberi gelaran 'Bapa Pembangunan' kerana ......... banyak berjasa untuk membangunkan negara ini.
nya
dia
baginda
beliau


5
" ................ hendak ke mana?" tanya kakak kepada gadis yang duduk di sebelahnya.
Mereka
Dia
Saudara
Saudari


6
Saya dan Zarina bercadang akan ke Terengganu. ............ akan menaiki bas.
Mereka
Kami
Dia
Kamu

(B)
Isi tempat kosong dengan kata ganti diri singkat yang sesuai.

kau     ku     mu      nya

1 Dia seorang yang pemalu. Engkau jangan mencuba mengusik.
2 Mengapa  biarkan adik menangis?
3 Rupa-rupa, engkau yang mencuri duit saya !
4 Badan saja yang kecil tetapi otak bergeliga.
5 "Sampaikan salam kepada keluarga," kata Asmah kepada Liza.
6 Jangan  sentuh barang-barang ini.
7 Aku berharap agar barang ini dapat      simpan dengan baik.
8 Aku diberitahu bahawa abang  akan ke luar negeri minggu depan.
9 "Jangan  ulang perbuatan seumpama itu," bentak ayah.
10 "Datuk telah pergi untuk selama-lama," kata Mufid kepada Jasni.

2. Kata Kerja

A. Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata kerja yang sesuai.

terpengaruh      mendakwa     berbincang     mengalah     dicat
mempelbagaikan     berpandukan      memperalat    mengerti     kandas

1 Orang itu  bahawa beg itu kepunyaannya.
2 Sudah dua kali dia  dalam ujian Matematik.
3 Guru-guru perlu  kaedah pengajaran.
4 Jangan sekali-kali  orang yang lemah.
5 Kamal selalu  pada adik bongsunya.
6 Mereka seringkali  tentang masalah peribadi.
7 Puan Aini tidak mudah  oleh pujuk rayu jurujual itu.
8 Dia masih tidak  akan kejadian yang sebenarnya.
9 Rumah itu sedang  oleh pekerja-pekerja.
10 Dalam acara lumba jalan kaki itu, para peserta  peta yang diberikan.

3. Kata Adjektif

Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

muda     merah     leper      tebal      merdu
suntuk     benci     bingung      sembuh      kencang

1 Jika kita selalu bercakap bohong, kawan-kawan akan  kepada kita.
2 Piring yang  itu telah pecah.
3 Air kelapa  enak diminum.
4 Suara biduanita Syarifah Aini sungguh .
5 Angin  telah menumbangkan beberapa batang pokok.
6 Chandran sudah  daripada sakit.
7 Adibah tidak dapat menyiapkan kerja itu kerana masa sudah .
8 Shanti  memikirkan masalah yang dihadapinya.
9 "Ambilkan saya buku  di atas meja itu," kata Cikgu Kasim.
10 Harga sekilogram cili      ialah RM 9.00.

4. Kata Hubung


1
Setelah beberapa buah teksi yang ditahan tidak berhenti, ............................ dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke bandar.
dan
lantas
manakala
bagaimanapun


2
Roslan sangat aktif dalam persatuan belia di kampungnya. ........................... , dia telah dilantik menjadi pengerusi persatuan itu.
Di samping itu
Namun begitu
Kalau begitu
Oleh kerana itu


3
Haji Midon bukan sahaja pemurah .................... baik hati.
dan
tetapi
manakala
malahan


4
Pameran pertanian itu akan dilanjutkan tempohnya ............................. mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan.
jika
hingga
ketika
sementara


5
Mora masih belum pulang ...................... hari sudah lewat senja.
walaupun
meskipun
Sebelum  pun
jikalaupun


6
Sesuatu kejayaan itu tidak akan datang sendiri. ................ kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh.
Demikian
Oleh itu
Sungguh
Daripada


7
Kawasan hutan ini sangat merbahaya, ............ kamu hendak pergi juga kenalah berhati-hati.
bila
sungguhlah
kerana
jikalau


8
Perkhidmatan pergigian telah lama wujud di sekolah. ................ ada segelintir ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka diberi rawatan.
Jadi
Oleh itu
Dengan demikian
Walau bagaimanapun


9
Penggunaan komputer dalam kemajuan teknologi amat penting. .....................murid-murid digalakkan mempelajari cara menggunakannya.
Lagi pun
Di samping itu
Oleh sebab itu
Lebih-lebih lagi


10
Fail-fail pendaftaran murid semuanya telah diserahkan ................ Cikgu Ahmad Kamil semalam.
ke
kepada
kerana
untuk


5. Kata Seru


1
........, sudah dapat memandu kereta rupa-rupanya kamu !


Oh


Eh


Hai


Ah


2
........... merahnya bibir budak perempuan itu !


Aduhai


Ah


Amboi


Nah


3
............. , bisanya sengatan tebuan itu !


Wah


Nah


Eh


Aduh


4
.......... , terpanjat juga dia pokok kelapa yang tinggi itu !


Oh


Cih


Aduhai


Aduh


5
......... , hebat betul orang itu berpidato !


Hai


Cis


Wahai


Wah

6. Kata Tanya


1
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.
Siapakah pelanggan utama di restoran itu?


Pelanggan utama di restoran itu adalah pekerja kilang.


Pekerja kilang suka makan di restoran itu.


Restoran itu menjadi tumpuan pekerja kilang.


Pelanggan suka ke restoran itu kerana masakannya enak.


2
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.
Bilakah kejadian tanah runtuh itu berlaku ?


Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan kesesakan lalu lintas.


Kejadian tanah runtuh itu berlaku kerana hujan lebat.


Kejadian tanah runtuh itu berlaku pagi tadi.


Inilah kali ketiga kejadian tanah runtuh berlaku di situ.


3
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.
Jauhkah rumah Kim Seng dari bandar?


Saya tidak suka tinggal jauh dari bandar.


Tidak jauh, kira-kira lima kilometer saja.


Rumah saya terletak di luar bandar.


Jika menaiki bas, jaraknya kira-kira lima kilometer saja.


4
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.
Mengapakah gajah-gajah itu ditangkap?


Gajah-gajah yang ditangkap itu akan dihantar ke zoo.


Usaha menangkap gajah itu dilakukan oleh pasukan khas.


Gajah-gajah itu kelaparan kerana banyak kawasan hutan telah diteroka.


Gajah-gajah itu ditangkap kerana merosakkan tanaman.


5
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.
Adakah orang itu yang kamu maksudkan?


Bukan, bukan dia orangnya.


Saya tidak pasti akan maksud orang itu yang sebenarnya.


Saya tidak menjelaskan sebarang maksud kepada orang itu.


Orang yang saya maksudkan itu tidak ada di situ.


6
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.
Ke manakah papan lapis itu akan dieksport?


Papan lapis merupakan eksport penting negara


Papan lapis itu akan dieksport ke Jepun.


Papan lapis yang dieksport ke Jepun itu bermutu tinggi.


Papan lapis itu tidak akan di eksport ke Jepun.


7
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.
Bagaimanakah keadaan banjir di kampung kamu?


Banjir di kampung saya banyak mengorbankan ternakan.


Banjir yang melanda kampung saya pada tahun ini lebih besar.


Saya belum pernah mengalami keadaan banjir seperti ini.


Keadaan banjir di kampung saya beransur surut.


8
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.
Di manakah hasil tanaman itu dijual?


Hasil tanaman ini mendapat pasaran yang baik.


Biasanya pemborong akan membeli hasil tanaman itu.


Biasanya hasil tanaman itu dijual dipasar tani.


Hasil tanaman itu dijual seminggu sekali.


9
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.
"Sudahkan kamu menyiapkan kerja rumah?" tanya ayah.


Belum lagi, ayah.


Saya tetap akan menyiapkannya juga,     ayah.


Saya ingin bermain dahulu, ayah.


Ya, sebentar lagi kerja itu akan saya siapkan.


10
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.
Siapakah yang menemukan beg duit kamu itu?


Beg duit saya tercicir semasa pulang dari sekolah.


Saya akan memberi hadiah kepada sesiapa yang menemukannya.


Beg duit saya belum saya temukan lagi.


Jiran sayalah yang menemukan beg duit itu.



7. Kata Perintah


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan kata perintah yang sesuai.

Tolong       Jangan      Sila      Jemput

1. "  baiki motosikal ini", kata Naweh kepada mekanik itu.
2. "  biarkan rambutmu panjang", kata ayah kepada abang.
3. "lah datang ke rumah pada hari raya nanti", Naim kepada Nizam.
4. " ke majlis makan malam esok", kata pengurus itu.

8. Kata Bantu


Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

akan     mesti     masih     harus     belum

1. Adnan  melawat ke Zoo Negara pada minggu hadapan.
2. Kita  hormat-menghormati antara satu sama lain.
3. Emak  menjahit walaupun hari sudah senja.
4. Suhaila  mengulang kaji pelajaran walaupun peperiksaan hampir tiba.
5. Sebelum tidur kita  mencuci kaki dan menggosok gigi.

9. Kata Sendi


A. Isi tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai.

terhadap     untuk     di     tentang      sejak
daripada     seperti     pada     dari       ke

1 Kapal terbang  Tokyo itu sedang mendarat.
2 Saya hendak  rumah nenek.
3 Ibu bapa harus mengambil berat  pelajaran anak-anak.
4 "Jangan bermain  tepi parit," pesan ayah. disiplin di kalangan murid.
5 Guru Besar bercakap  displin di kalangan murid.
6 Tas tangan itu dibuat  kulit haiwan.
7 Wajah lelaki itu pucat  ayam berak kapur kerana demam.
8 Mainan ini adalah  adik bongsu saya.
9 Dia membubuh ubat  lukanya.
10 Siong Fat kehilangan ayahnya  kecil.

2 comments:

  1. Latihan yang padat. Sesuai untuk latihan pengayaan. Teruskan usaha.

    ReplyDelete
  2. LATIHAN YANG BERSTANDARD.SYABAS!

    ReplyDelete